Tiada tempa buat Adun berpaling tadah, bertandinglah tiket bebas – MP PKR
Empat Adun Melaka yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri tersebut pada bulan lalu perlu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya negeri nanti, kata seorang ahli Parlimen PKR.
Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Pakatan Harapan juga tidak boleh membiarkan mereka bertanding di bawah gabungan itu.
“Keempat-empat Adun yang menarik sokongan terhadap ketua menteri dan menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Perikatan Nasional di Melaka harus bertanding atas tiket bebas.
“Mereka mempunyai tanggungjawab dan kewajiban untuk membuktikan tindakan mereka yang menjatuhkan kerajaan mereka sendiri dilakukan dengan tujuan menegakkan prinsip dan ideologi parti mereka.
“Mereka harus membuktikan bahawa pengundi setuju bahawa yang itu adalah (silap) ketua menteri dan bukan mereka yang menyimpang dari prinsip.
“Keempat-empat Adun ini harus bertanding secara bebas supaya mereka boleh dinilai oleh pengundi mereka. Mereka tidak boleh bersembunyi di bawah tiket parti politik lain,” katanya.
Kenyataan Leong itu dibuat susulan terdapat spekulasi bahawa PH akan menerima keempat-empat Adun tersebut – Idris Haron (Umno-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas), dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) – sebagai calon mereka dalam pilihan raya negeri Melaka.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PH telah menyuarakan kebimbangan mereka untuk bekerjasama dengan keempat-empat Adun tersebut. Isu itu juga menyebabkan ketegangan tercetus dalam gabungan itu.
Mengulas lanjut, Leong mendakwa bahawa dengan menerima keempat-empat Adun itu akan membawa kesan yang memalukan kepada PH, termasuk imej politik yang akan “tercemar sehingga tidak dapat diperbaiki”.
“Keempat-empat Adun itu asalnya dari parti-parti yang menyokong politik perkauman dan ideologi menegakkan ketuanan Melayu.
“Sekiranya PH / PKR menerima mereka masuk, itu bermaksud gabungan ini tidak lagi serius dalam agenda reformasi, manifesto, ideologi, dan perjuangannya untuk perubahan.
“Ini bermaksud gabungan ini tidak lebih dari oportunis politik yang mencari jawatan, kepentingan dan kuasa, dan tidak ingin melaksanakan perubahan,” katanya.
Leong berkata, pengundi tidak akan lagi mempercayai calon PH untuk melaksanakan reformasi dan dasar yang mereka pegang ketika diundi.
Katanya, bekerja dengan pengkhianat bermakna PH bersedia untuk meneruskan “sarkas” majoriti parlimen yang telah dimulakan sejak rampasan kuasa ketika Langkah Sheraton.
Dia juga menuduh ahli politik sedemikian seperti menjual sokongan mereka kepada pembida tertinggi dan mengabaikan kerosakan yang berlaku terhadap negara, yang disebabkan oleh masalah politik.
Sebelum ini, wakil rakyat PKR seperti Hassan Karim (Pasir Gudang), Chua Wei Kiat (Rawang), Simon Ooi (Bakar Arang), Jimmy Puah (Bukit Batu), dan Sandrea Ng (Teja) turut secara terbuka telah menyuarakan bantahan mereka.
Tiada tempa buat Adun berpaling tadah, bertandinglah tiket bebas – MP PKR
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
Memang tiada kerjasama dengan Bersatu, bukan lambat buat keputusan