Demi PRN Melaka, Najib tangguh perjalanan ke Singapura

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi di sini untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya bagi membantu jentera UMNO ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Najib, 68, membuat pindaan itu selepas diamanahkan untuk memastikan UMNO bertindak secara teratur ekoran Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan tulang belakang.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian menangguhkan pendengaran permohonan itu pada Selasa depan.

Semasa prosiding, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, pihaknya memfailkan permohonan untuk meminda notis usul berhubung pelepasan pasport berkenaan pada Khamis.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, beliau perlu mendapatkan arahan daripada Peguam Negara (AG) berhubung permohonan pindaan tersebut.

Notis usul terpinda yang difailkan pada Khamis, Najib memohon untuk meminda tarikh itu daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember depan.

Ia bagi melawat anak sulungnya, Nooryana Najwa yang kini menetap di Singapura dan akan melahirkan anak tidak lama lagi.

Sementara itu berdasarkan afidavit sokongan tambahan, Najib berkata, selepas mendapat kebenaran pasport daripada Mahkamah Rayuan Isnin lalu, beliau mendapat perkembangan PRN Melaka akan berlangsung pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November.

PRN Melaka: Muhyiddin umum PN bertanding menentang BN dan PH

Oleh itu, beliau terpaksa menangguhkan ke Singapura sehingga tamat PRN pada 20 November ini.

Menurutnya, perancangan telah berubah yang mana beliau akan bertolak ke Singapura pada 22 November dan pulang ke Malaysia pada 6 Disember atau lebih awal dari tarikh tersebut.

“Saya masih memerlukan pasport Antarabangsa untuk dilepaskan lebih awal bagi membolehkan saya membuat pembaharuan pasport di Jabatan Imigresen.

“Saya juga memohon pelepasan sementara ke atas saya oleh beberapa agensi kerajaan antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak mendapatkan semula pasportnya untuk kegunaan sementara supaya membolehkan beliau ke Singapura untuk melawat anak perempuannya itu.

Di hadapan Mohamed Zaini, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Demi PRN Melaka, Najib tangguh perjalanan ke Singapura


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Memang tiada kerjasama dengan Bersatu, bukan lambat buat keputusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker