Presiden UMNO maklumkan lakonan airmata Bersatu sudah tidak laku [VIDEO]

Sebaran :

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penjelasan parti yang diterajuinya itu yang menolak kerjasama politik dengan Bersatu.

Katanya, keputusan menolak Umno dibuat oleh parti dan bukan keputusan solo yang dibuatnya selaku presiden parti.

“Saya ulangi penjelasan Umno menolak kerjasama politik dengan Bersatu merupakan keputusan parti.

“Ia keputusan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung Umno 2020 dan juga oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno.



“Ia sebuah ketetapan yang telah pun dimuktamadkan sejak kira-kira tujuh bulan lalu iaitu pada Mac tahun lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Ahamd Zahid, Bersatu, bukan tidak maklum tentang hal itu, namun menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, parti serpihan itu cuba mengadu domba kononnya ia keputusan solo presiden Umno.

Malam semalam, selepas perjumpaan dengan Umno Bahagian Hang Tuah Jaya di Melaka, dia dilaporkan berkata “Umno tidak akan pernah bekerjasama dengan Bersatu…noktah”

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mempersoalkan mengapa Bersatu begitu sukar menerima hakikat bahawa ahli Umno bertegas menolak mereka.



PRN Melaka: Muhyiddin umum PN bertanding menentang BN dan PH

“Mungkinkah begitu terdesak mahu mempergunakan ahli Umno sekali lagi seperti mereka lakukan pada PRU-14?

“Memperdaya segelintir ahli Umno menyokong Bersatu dengan ‘kempen’ Bersatu mahu menyelamatkan Umno.

“Tetapi selepas apa yang rakyat alami dan saksikan selepas 9 Mei 2018, masih lakukah lakonan air mata mereka?”soalnya.

Dia juga mempersoalkan sama ada pujuk rayu ke atas ahli Umno seperti apa yang dilakukan hari ini adalah relevan.



“Masih relevankah pujuk rayu ke atas ahli Umno selepas cuba membubarkan dan menghancurkan Umno sejurus berkuasa?

“Justeru, presiden Umno menghormati keputusan parti dan denyut nadi ahli parti iaitu tiada kerjasama politik dengan Bersatu,” kata Ahmad Zahid.

Bersatu dikatakan semakin terdesak apabila ramai para penganalisis politik menjangkakan gabungan Perikatan Nasional (PN) antara parti itu dengan PAS berisiko kalah teruk pada PRN Melaka jika mereka tidak bekerjasama dengan Umno.

Presiden UMNO maklumkan lakonan airmata Bersatu sudah tidak laku


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRN Melaka: Muhyiddin umum PN bertanding menentang BN dan PH


Sebaran :

Leave a Reply