Hampir 26,000 penjawat awam belum terima vaksin

Hampir 26,000 penjawat awam belum terima vaksin

Kira-kira 1.6 peratus atau 25,920 kakitangan sektor awam belum menerima vaksin dan ketua-ketua jabatan akan memahami punca mereka enggan berbuat demikian.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, sebagai barisan pertama dalam merealisasikan matlamat kerajaan, penjawat awam tidak boleh menolak vaksin.



“Sebanyak 98.4 peratus penjawat awam telah menerima vaksin, tetapi masih ada 1.6 peratus yang enggan berbuat demikian.

“Walaupun jumlah ini tidak besar, tetapi keadaanya tidak boleh diterima kerana mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan,” katanya kepada China Press.

Menurut Adnan, vaksinasi 100 peratus dalam kalangan penjawat awam juga dapat memberi keyakinan kepada orang ramai ketika berurusan dengan kerajaan.

Katanya, vaksinasi juga bertujuan menjamin keselamatan penjawat awam, khasnya mereka yang bertugas di kaunter dan perlu bertemu dengan ramai orang.



Beliau berkata, ketua jabatan pada beberapa minggu akan datang akan bertemu dengan penjawat awam yang enggan menerima vaksin untuk memahami punca keadaan itu.

Jelasnya, melainkan mendapat kelulusan doktor untuk tidak menerima vaksin atas faktor kesihatan, penjawat awam perlu menuruti arahan untuk divaksin.

“Mereka yang menyertai gerakan antivaksin telah melanggar peraturan untuk penjawat awam dan boleh dipecat kerana ini merupakan kesalahan serius,” katanya. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Hampir 26,000 penjawat awam belum terima vaksin


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker