Buaya ‘vegetarian’ makan nasi dua kali sehari

Buaya ‘vegetarian’ makan nasi dua kali sehari

Seekor buaya yang tinggal di dalam kolam kuil Sri Ananthapadmanabha di utara negeri Kerala, India dianggap cukup unik kerana tidak pernah makan daging, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Buaya bernama Babiya itu diberi jolokan buaya vegetarian kerana hanya makan nasi yang dimasak sepanjang tinggal di kuil itu.



Paderi-paderi di situ mendakwa buaya itu tidak pernah menyerang mereka dan menganggap buaya Babiya sebagai suci.

Haiwan itu akan makan dua hidangan nasi sehari, iaitu pada waktu pagi dan tengah hari.

Menurut seorang petugas kuil itu, Babiya tidak pernah menerima hidangan daging mahu pun menyerang ikan-ikan di kolam itu.

Namun, menurut seorang pakar buaya, Anirban Chaudhuri, buaya lazimnya akan makan makanan yang biasa dimakan iaitu daging.



“Namun, perlu difahami bahawa buaya merupakan haiwan yang ‘tahan lasak’. Boleh jadi, makanan utamanya adalah ikan-ikan di dalam kolam tersebut dan hanya makan nasi sebagai makanan tambahan,” katanya. K Online

Buaya ‘vegetarian’ makan nasi dua kali sehari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker