Setiausaha AMK ‘tembak’ Tian Chua, ungkit Langkah Sheraton

Setiausaha AMK ‘tembak’ Tian Chua, ungkit Langkah Sheraton

Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Syukri Razab menyelar Naib Presiden PKR Tian Chua kerana menyokong kerjasama terbuka dalam pilihan raya negeri Melaka, bulan depan.

Menyifatkan perkara itu pandangan peribadi, Syukri berkata Tian Chua memakai “logik Machiavelli” yang menghalalkan apa saja cara untuk mencapai kemenangan.

Syukri malah mengungkit kisah Langkah Sheraton dan mengaitkan Tian Chua dengan “kartel Azmin Ali”.

“Sedikit pelik bagaimana Tian Chua boleh terlepas pandang dengan risiko pengkhianatan setelah apa yang dilalui oleh PKR.

“Melainkan Tian Chua sendiri sebenarnya masih bersimpati dengan rakan-rakan baik beliau yang menjadi dalang Langkah Sheraton,” kata Syukri.

Tian Chua semalam berkata Pakatan Harapan (PH) harus “bergabung” dengan mana-mana pihak yang boleh membawa kemenangan bagi mengembalikan mandat rakyat pada 2018.

Dia berkata demikian setelah menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH yang antaranya membincangkang taktik untuk berdepan pilihan raya Melaka.

Sebelum ini mesyuarat dijangka menumpukan perbincangan mengenai status bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron, dan tiga Adun kerajaan yang menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan BN-PN.

Keempat-empat bekas Adun terbabit dikatakan berminat menyertai PKR. Namun, beberapa pemimpin PH kurang senang dengan idea itu.

Dalam kenyataan hari ini, Syukri berkata janganlah terlalu berkiblatkan kuasa dan kemenangan sehingga mengabaikan politik berteraskan nilai.

“Saya tidak berniat untuk menafikan hak Tian Chua untuk bersuara, tetapi memetik katanya Lincoln, better to remain silent and be thought as a fool than speak out and remove all doubt atau dalam bahasa Melayunya bermaksud, lebih baik berdiam dan disangka bodoh, daripada bercakap yang akhirnya mengesahkan kebodohan,” katanya. Mk

Setiausaha AMK ‘tembak’ Tian Chua, ungkit Langkah Sheraton


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker