PRN Melaka: Umno belum putuskan isu kerjasama dengan parti lain
Umno belum membuat keputusan sama ada bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana-mana parti lain setakat ini dalam menghadapi PRN Melaka 20 Nov ini.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu dalam waktu terdekat dengan mengambil kira segala pandangan dan kaji selidik daripada setiap bahagian.
“Parti belum buat keputusan lagi (setakat ini), keputusan akan dibuat daripada Mesyuarat MT, jadi semua keputusan nanti kita bincang daripada syor biro politik dan pandangan lain secara teliti, pengakhirannya kita akan tengok mana beri kebaikan, masuk pilihan raya nak menang bukan nak pesta.
Apa jua keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut dan presiden parti akan buat kenyataan, setakat hari ini tiada keputusan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan UMNO 2021, Bahagian Rembau di Seremban, semalam.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Adun Rantau berkata sekiranya Umno bergerak sendirian, parti itu sudah menyasarkan kerusi yang akan ditandingi namun perancangan itu akan diolah kembali jika parti itu memutuskan bekerjasama dengan parti lain.
Secara umumnya, Umno sudah tahu mana kerusi-kerusi yang kita hendak bertanding, cuma jika ada pihak lain (kerjasama parti lain) kita akan ubah semula (pembahagian kerusi).
“Ini semua terpulang kepada keputusan MT Umno, Melaka tak ada banyak kerusi jadi tidak ada isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN…kita tak boleh kata kerusi tradisi lagi, bagi Umno bila kita masuk PRN Melaka, kita nak menang bukan nak bermegah-megah,” katanya.
-Bernama
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.