PRN Melaka pertembungan musuh politik lama – Shahrir

PRN Melaka pertembungan musuh politik lama – Shahrir

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal melihat pertembungan antara musuh politik lama iaitu antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad meramalkan PRN Melaka juga menyaksikan gabungan baharu antara PPBM, Pas dan Parti Gerakan.

Menurutnya, PRN Melaka merupakan ujian pertama bagi gabungan politik Perikatan Nasional (PN) di Semenanjung selepas PRN Sabah.

Kalau PRN Sabah dijadikan pengajaran, kerajaan Warisan yang membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah untuk diadakan PRN tidak dapat kembali berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, PN juga tidak mempunyai rekod prestasi dalam mana-mana pilihan raya sebelum PRN Sabah, sebaliknya mempunyai wakil-wakil rakyat UMNO dan BN yang melompat ke PPBM selepas PRU14.

Tetapi di Melaka, PN tidak terkenal pada PRU14 kerana PPBM bertanding atas lambang PKR dan ketika itu berada dalam Pakatan Harapan.

Pas pula bertanding dengan lambang sendiri.

Tambahnya, di PRN ini, BN akan berdepan dengan PN yang sememangnya bercita-cita untuk menjadi ganti kepada BN.

Di peringkat pusat pula, jawatan perdana menteri dipegang oleh pemimpin BN dan menteri-menterinya dalam kalangan pemimpin PN.

Shahrir berkata, dalam kalangan menteri-menteri PN akan ada juga ahli parlimen ‘katak’ iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang melompat ke PPBM selepas PRU14.

Oleh itu, katanya, PN tidak akan mahu berpandu kepada keputusan dan corak pengundian pada PRU14 kerana yang mereka boleh guna sebagai panduan ialah undi yang diterima Pas, iaitu jumlahnya di antara 9% ke 17% sebagai pilihan ketiga dalam semua pertandingan tiga penjuru.

Malah, PRN Melaka juga bakal melihat menteri BN berkempen di atas pentas berbeza daripada rakan sejawatan dalam Jemaah Menteri.

Shahrir menambah, PN tentunya lebih berharap kepada peranan menteri-menterinya kerana pada PRU14, PPBM pun menang dua kerusi ketika bersama PH.

Maka dakwa bekas Ahli Parlimen Johor Bahru ini, Mas Ermieyati akan jadi ‘poster girl’ untuk PN dan PPBM sebagai bukti nyata tentang ‘keburukan UMNO/BN’. MG

PRN Melaka pertembungan musuh politik lama – Shahrir

/>

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker