Pilihanraya Negeri kini ‘berjangkit’ ke Sarawak
TIDAK sampai empat hari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditetapkan pada 20 November ini, kini khabar angin bertiup kencang khabarnya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat ini.
Meskipun perkhabaran itu agak mengejutkan, namun ramai pihak telah menjangkakan perkara itu apatah lagi DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu.
Bagaimanapun, proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Memetik laporan Astro Awani, Abang Johari dijangka akan membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang media khas di Kuching.
Menurut sumber yang rapat dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), sekretariat pilihan raya gabungan itu telah meminta calon untuk mengemukakan maklumat terkini kepada ibu pejabat parti.
Selain itu, satu sumber lain turut memberitahu, Abang Johari telah menghadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan bagi cadangan pembubaran DUN.
Pengumuman tersebut dikatakan akan dibuat sebelum lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke bumi Kenyalang pada Sabtu, sekali gus melancarkan program Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching.
Dalam situasi pandemik Covid-19 yang masih kekal empat angka ketika ini, ramai dalam kalangan rakyat yang berbelah bahagi untuk menerima penganjuran pilihan raya.
Apatah lagi, dalam suasana rakyat yang masih baharu menikmati kebebasan, pastinya mereka tidak mahu kembali terkurung jika kes kembali naik mendadak gara-gara pilihan raya.
Mengimbas situasi yang berlaku pada PRN Sabah tahun lalu, kebimbangan rakyat ini sangat berasas.
Namun, mahu atau tidak, rakyat perlu akur bahawa pilihan raya tetap perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.
Kepada rakyat Sarawak, Jumaat ini merupakan detik penuh mendebarkan buat mereka.
Pilihanraya Negeri kini ‘berjangkit’ ke Sarawak
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU
PRN Sarawak boleh diadakan jika Agong perkenan singkatkan tempoh darurat