Pasangan DurianKimchi Selamat Timang Bayi Perempuan,“Bayi Keluar Dari Rahim Maryam,Terus Air Mata Saya Jatuh”-Ryzal

Sebaran :

Pasangan DurianKimchi Selamat Timang Bayi Perempuan,“Bayi Keluar Dari Rahim Maryam,Terus Air Mata Saya Jatuh”-Ryzal

SETELAH dua tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan Instafamous suami-isteri dari Malaysia dan Korea Selatan menyambut kelahiran anak sulung mereka jam 6.27 petang Rabu.

Menerusi satu perkongsian Instagram yang dibuat oleh si isteri, Maryam You Narae, 28, dia meluahkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas doa yang diterimanya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut atas berita kelahiran yang dikongsikan pada Khamis.



Bercakap kepada mStar, Ryzal Nik Ibrahim, 29, berkata dia kini berasa lebih bertanggungjawab setelah bergelar bapa kepada bayi perempuan yang diberi nama Rina.

Tambahnya lagi, dia amat bersyukur apabila Maryam selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka itu secara normal, di sebuah hospital swasta di ibu negara.

“Walaupun sebelum ni Maryam mengandung, tapi tak rasa lagi macam seorang bapa sebab tak nampak lagi bayi lahir. Tapi semalam bila anak kami keluar sahaja dari rahim Maryam, tiba-tiba air mata saya jatuh.

“Saya tak fikir apa pun, cuma rasa tersentuh dan tak percaya sudah menjadi bapa kepada seorang cahaya mata perempuan.



“Banyak perkara yang saya kena belajar mulai sekarang dan mungkin ini adalah petanda untuk menjadi lebih matang,” ujarnya ketika dihubungi.

Lebih mesra disapa Ryzal, dia bersyukur kerana proses kelahiran tersebut dipermudahkan Allah dan kedua-dua ibu serta bayi berada dalam keadaan yang sihat.

Ryzal juga sempat bercerita bagaimana dia panik terpaksa meredah trafik yang sesak ketika dalam perjalanan untuk ke hospital semula setelah pulang mengambil barang bayi yang tertinggal di rumahnya di Mont Kiara.

“Doktor kata biasanya selepas bukaan dua sentimeter akan ambil masa dalam empat hingga tiga jam untuk berubah, jadi saya pun balik ke rumah sekejap untuk ambil kain pembalut bayi.



“Bila dah dekat rumah, satu jam selepas itu Maryam telefon beritahu bukaan dah sembilan sentimeter. Cepat-cepat saya gerak semula ke hospital dengan jalan sesak lagi, sampai tak sengaja terlanggar side mirror dua buah kereta

Saya nak minta maaf sangat-sangat kepada pemilik kereta tersebut kerana terlalu kelam kabut ketika itu sebab Maryam dah nak bersalin.

“Alhamdulillah saya sempat sampai di hospital dan Maryam masih tengah push,” ujarnya dengan nada teruja.

Sementara itu berkongsi tentang persediaan berpantang isterinya, Ryzal juga berkata dia perlu belajar memasak masakan Korea untuk dihidangkan kepada Maryam.

“Kami dapat sponsor daripada sebuah syarikat yang akan menghantar confinement lady selama 44 hari berpantang.

“Tapi saya pun tak boleh la nak serahkan 100 peratus pada orang luar untuk menguruskan semuanya

“Saya kena belajar juga macam mana nak sediakan lauk berpantang, sebab makanan Maryam ni makanan Korea. Orang kita tak tahu sangat nak masak lauk mereka macam mana.

“Jadi saya kena belajar cara macam mana nak masak sup seaweed dan hidangkan untuk dia setiap hari,” katanya.

Untuk rekod Ryzal dan Maryam yang popular dengan saluran YouTube Duriankimchi berkahwin pada 16 Ogos 2019, di Masjid Itaewon, Seoul di Korea Selatan.-mSTAR

Pasangan DurianKimchi Selamat Timang Bayi Perempuan,“Bayi Keluar Dari Rahim Maryam,Terus Air Mata Saya Jatuh”-Ryzal


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana


Sebaran :

Leave a Reply