DUN Bemban: UMNO Jasin tegas mahu tebus kekalahan MCA
JASIN: UMNO Bahagian Jasin tetap dengan pendirian mahu meletakkan calon bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, meskipun terdapat ura-ura MCA enggan melepaskan kerusi berkenaan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Bahagiannya, Datuk Hasan Rahman berkata, pendirian itu perlu dipertahankannya selaras dengan usul yang dibawa dan disokong akar umbi pada mesyuarat perwakilan pada 3 Januari lalu.
Beliau berkata, nama calon untuk DUN itu juga telah diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh selepas Majlis Pelancaran Jentera PRN Parlimen Jasin, Ahad lalu.
“UMNO Jasin tetap dengan pendirian ingin bertanding di Bemban sebab kita nak tebus kekalahan calon MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kita tidak main-main dengan hasrat ini.
“Jika melihat senario boleh menang di Bemban, saya yakin calon dari UMNO adalah pilihan yang tepat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kelmarin, akhbar ini melaporkan, MCA akan bertanding di lapan kerusi DUN yang pernah ditandingi pada PRU-14 dalam PRN Melaka, 20 November ini.
Sumber dalaman MCA berkata, parti itu akan mengekalkan semua kerusi tersebut, sekali gus menjadi fokus merampasnya daripada penyandang-penyandang terdahulu.
DUN Bemban yang sebelum ini dikenali Ayer Panas pertama kali dipertandingkan dalam PRU pada 2004 dengan kesemuanya ditandingi wakil MCA.
Tiga daripada mereka memenangi kerusi tersebut iaitu Chong Tam On (2004-2008), Chua Kheng Hwa (2008-2013) dan Ng Choon Koon (2013-2018).
Bagaimanapun, pada PRU-14, Datuk Koh Chin Han tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr. Wong Fort Pin. -UTUSAN
DUN Bemban: UMNO Jasin tegas mahu tebus kekalahan MCA
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU
PRN Melaka: Umno belum putuskan isu kerjasama dengan parti lain
You must be logged in to post a comment.