Pedang berusia 900 tahun ditemukan

Pedang berusia 900 tahun ditemukan

BAITULMUQADDIS: Sebilah pedang berusia kira-kira 900 tahun yang dipercayai milik seorang tentera ketika era Perang Salib, ditemukan di luar pantai utara Israel.

Lapor portal UPI, Pihak Berkuasa Barang Antik Israel memaklumkan pedang tersebut dijumpai oleh seorang penyelam dikenali sebagai Shlomi Katzin.

Menurut agensi itu, Katzin dari pekan Atlit sedang menyelam di Pantai Carmel ketika menemui pedang yang diliputi cengkerang teritip di dasar laut.

Satu rakaman video aktiviti menyelam Katzin menunjukkan penemuan pedang itu bersama sebuah sauh perahu yang diliputi cengkerang teritip.

Katzin menyerahkan pedang antik itu kepada Unit Pencegahan Rompakan dibawah Pihak Berkuasa Barang Antik.

Dilaporkan, unit tersebut kemudian menyerahkan artifak berkenaan kepada Jabatan Perbendaharaan Israel.

“Pedang yang dipelihara dalam keadaan sempurna merupakan penemuan yang jarang dan menakjubkan.

“Ia jelas milik seorang tentera salib,” kata pegawai di unit tersebut, Nir Distelfeld kepada The Times of Israel.

Menurut pegawai, pedang tersebut akan dibersihkan dan dikaji oleh pakar sebelum dipamerkan kepada umum. K Online

Pedang berusia 900 tahun ditemukan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker