Encik Sajat masih rakyat Malaysia walaupun dapat PR Australia
PETALING JAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, masih lagi rakyat Malaysia walaupun dia mendapat status penduduk tetap (PR) di negara Australia.
Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Hisham Mohd Kamal berkata, Sajat masih lagi merupakan rakyat Malaysia walaupun sudah lari ke Australia.
“Orang yang mencari suaka politik di negara lain tak semestinya tidak sayangkan negara, mungkin jika undang-undang dan polisi negara asal bertukar, dia akan kembali semula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Tambahnya lagi, melainkan jika Sajat sudah sah mempunyai kerakyatan Australia dan jika perkara itu berlaku barulah kewarganegaraan dia sebagai rakyat Malaysia terlucut.
“Memohon suaka politik tidak bererti memohon kerakyatan, tetapi boleh jadi, seseorang memohon suaka politik dan pada masa yang sama memohon kerakyatan juga.
“Jika perkara itu berlaku Malaysia tidak mengiktiraf dwi kerakyatan. Seorang rakyat Malaysia yang mendapat kerakyatan negara lain akan kehilangan kerakyatan Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sajat telah berhijrah ke Australia dan telah pun ‘cerai’ talak tiga dengan Malaysia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). -K! ONLINE
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.