Ahmad Zahid tidak lakukan pecah amanah – Peguam
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak melakukan pecah amanah apabila memindahkan dana Yayasan Akalbudi ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co. kerana wang tersebut masih di bawah kawalan yayasan itu, demikian Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik berhujah, pihak pendakwaan bukan sahaja gagal membuktikan elemen pertuduhan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri melakukan pecah amanah, malah pertuduhan juga tidak menyentuh isu pembelian saham atau hotel di Bali.
Sehubungan itu, pihak pembelaan menghujahkan Ahmad Zahid tidak perlu membela diri terhadap pertuduhan yang dikemukakan.
Pada prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa Ahmad Zahid mengarahkan sebahagian daripada wang deposit tetap berjumlah RM17.9 juta milik Yayasan Akalbudi dikeluarkan untuk membeli saham bagi membolehkan anak perempuannya membeli sebuah butik hotel di Bali, Indonesia.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, berhujah bahawa tertuduh diamanahkan dengan dana Akalbudi bagi tujuan spesifik iaitu membasmi kemiskinan dan menaikkan kebajikan fakir miskin selain menjalankan kajian serta penyelidikan.
Bagaimanapun, Raja Rozela, berkata tertuduh memberi arahan spesifik supaya kesemua wang daripada tujuh akaun deposit tetap Akalbudi dikeluarkan sebelum memindahkannya menerusi cek bank kepada Tetuan Lewis & Co.
Sementara itu, Hisyam turut berhujah bahawa segala keterangan dan hujah oleh pendakwaan terhadap Ahmad Zahid adalah tidak relevan kerana ia jelas merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 22 November ini.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia. -K!ONLINE
Ahmad Zahid tidak lakukan pecah amanah – Peguam
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU
UMNO tak perlu buah busuk – Zahid