BN Melaka siap siaga berdepan PRN

Sebaran :

MELAKA – Jentera Barisan Nasional (BN) negeri kini bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap PRN itu menjadi contoh serta rujukan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Harap semua parti dapat gunakan platform itu bukan sebagai tempat menabur fitnah. BN sendiri akan bersama misi membela rakyat, kita bersama rakyat Melaka dan yakin kematangan politik bermula di negeri ini,” katanya ketika sidang akhbar di kediamannya di Kampung Pulau di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut beliau yang juga Pengerusi UMNO negeri berkata, semua perbincangan berkenaan calon, strategi, jentera dan mekanisme berkempen akan dibincangkan bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas pelancaran jentera BN sempena PRN Melaka pada Selasa.



Menurutnya, saringan calon masih dibuat di peringkat bahagian dan belum diperincikan senarai pendek.

“Banyak yang akan dibincangkan dan diperhalusi esok ketika Presiden melancarkan jentera,” katanya.

Ditanya mengenai kerjasama dengan parti lain beliau berkata, kerjasama itu tertakluk kepada persetujuan di peringkat tertinggi.

Sinar Harian melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.



PKR tolak PRN Melaka, mohon TYT semak keputusan bubar DUN
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat khas berhubung PRN Melaka di Banda Hilir, di sini pada Isnin.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PH Melaka cabar pembubaran DUN, yakin tiada PRN


Sebaran :

Leave a Reply