Resepi siakap masak bercili sempoi

Sebaran :

Resepi siakap masak bercili sempoi

Sedapnya siakap bercili ni. Bagi yang tercari-cari resepi ikan siakap yang lazat, apa kata cuba resepi yang mudah ini. Pasti puas hati.

Selalu dah kita mskan siakap tiga rasa, siakap masak kari, kali ini kita cuba siakap masak bercili pulak.

BAHAN-BAHAN:



1 kg ikan siakap
5 biji limau nipis
2 batang serai – tumbuk
Minyak untuk menggoreng
50 gm kerisik
50 ml santan

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering
7 tangkai cili padi

BAHAN B:



Sehelai daun kunyit
2 sudu kecil serbuk kunyit

CARA MENYEDIAKAN:

Perapkan ikan siakap dengan jus limau nipis dan serai selama setengah jam.
Kemudian goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
Tumiskan pula bahan kisar dan bahan B sehingga naik bau. Masukkan santan dan kerisik. Masak sebati.
Tuangkan sambal tumisan ini, di atas ikan siakap yang telah siap digoreng.

Dah siap pun. Jangan lupa bagi family makan masakan yang sedap ini. Jsngan lupa juga share resepi ini dengan kawan-kawan anda semua.



Resipi siakap masak bercili sempoi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol


Sebaran :

Leave a Reply