Ketua pembangkang bertaraf menteri

AWANG nak ucapkan tahniah pada Tuk Seri Anwar Ibrahim yang kedudukannya sekarang ‘bertaraf menteri’. Awang tak tahulah apakah ganjaran atau habuan yang diperoleh jikalau seseorang itu bertaraf menteri.

Pada pandangan Awang, Tuk Seri Anwar tak perlukan ganjaran kewangan dan lain-lain. Beliau orang perjuangan. Duit bukan motivasi perjuangannya. Tentulah yang beliau perjuangkan soal prinsip. Oleh sebab itu beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 70-an dan kemudian merengkok di penjara dua kali.

Akibat memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani di antara kerajaan Tuk Seri Ismail Sabri dan Pembangkang, Tuk Seri Anwar pun bertaraf menteri sekarang. Ini satu sejarah baharu bagi Malaysia. Bagus sangatlah tindakan itu. Kerajaan kena hargai sumbangan pembangkang. Ketua Pembangkang patut sangat diberi pengikturafan sewajarnya macam di banyak negara lain.

Awang harap kedudukan baharu itu tidak menyebabkan Tuk Seri Anwar lupa tanggungjawabnya. Janganlah sampai terkunci mulut dan terhenti tindakan menegur. Maklumlah orang yang terhutang budi boleh menggadai body dan prinsip.



Awang harap Tuk Seri Anwar akan terus bersuara dengan lantang. Tegurlah mana yang salah. Suarakan mana yang tak betul. Kerajaan perlu ada suara pembangkang yang kuat. Kalau pembangang lesu maka Dewan Rakyat pun malaplah. Oleh sebab itu banyak orang risau pasal MOU Kerajaan-Pembanglang. Takut kalau-kalau Pembangkang jadi pak turut.

Ketua pembangkang bertaraf menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak dapat jadi PM pun tak apalah – Anwar

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker