Calon PKR miliki aset lebih RM100 juta!

KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor, memiliki nilai aset bersih tertinggi, dengan jumlah RM106.1 juta.

Semakan BH di laman sesawang www.calonkeadilan.org mendapati, sejumlah besar aset milik Ketua Cabang PKR Tanah Merah itu datang daripada pelaburannya dalam DNS Capital Sdn Bhd dan iLimo Stalite LTD, yang berjumlah RM100.4 juta dan kira-kira RM5.3 juta adalah berbentuk hartanah.

Ini diikuti calon Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan dengan nilai aset bersih berjumlah RM63.5 juta dan calon Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash (RM40 juta).



Nilai aset bersih terendah bagi calon Parlimen PKR kali ini berjumlah RM14,136, yang dimiliki calon Arau, Fathin Amelina Fazlie.

Fathin, 28, yang juga Pengarah Komunikasi PKR Cabang Padang Besar itu memiliki sejumlah RM3,127 di bank, RM2,009.33 dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB); RM9,000 bagi barang kemas, selain masih menanggung hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kereta.

Calon Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli, berada di kedudukan kedua terendah dengan mencatatkan jumlah aset bersih bernilai RM18,878.63, diikuti calon dari Rompin, Erman Shah Jaios (RM24,070).

Nilai aset yang dimuat naik calon PKR terbabit adalah setakat 30 September, tahun ini.



Sementara itu, semakan BH juga mendapati, lima daripada 100 calon PKR yang bertanding bagi peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), masih belum mengisytiharkan harta mereka seperti yang ditetapkan parti.

Calon terbabit adalah Saifuddin Nasution Ismail, yang bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu; Mustapha Sakmud (Sepanggar), Awang Husaini Sahari (Putatan), Patrick Kamis (Betong) dan Abdul Jalil (Mukah).

Semakan BH di laman sesawang www.calonkeadilan.org sehingga petang tadi mendapati, lima calon terbabit masih belum memuat naik pengisytiharan aset mereka.

PKR menetapkan, setiap calonnya yang bertanding perlu mengisytiharkan aset masing-masing, berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker