Bunuh isteri tak tahan kerap main TikTok

Bunuh isteri tak tahan kerap main TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Surabaya mati dalam pelukan anak lelakinya selepas mengalami cedera parah, dipercayai akibat dibunuh oleh suaminya kerana kerap menghabiskan masa dengan bermain aplikasi TikTok, lapor laman Suara.com semalam.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Dasmani itu ditemui oleh anak lelakinya sendiri, Septia Pratama pada pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) dalam keadaan berlumuran darah di kediaman mereka sebelum meninggal dunia dalam pangkuan Septia.

Wanita itu dipercayai telah dipukul dengan menggunakan objek tumpul.

Menurut Septia, dia menerima panggilan daripada ibunya kira-kira pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) dan wanita itu mengatakan bahawa dia ‘sudah tidak larat’.

“Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada ibu, saya terus pulang ke rumah,” katanya.

Setibanya di rumah, Septia mendapati bahawa pintu rumah telah dikunci, lantas dia bertindak memecahkannya, sebelum melihat ibunya yang sedang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

“Ketika itu, ibu masih bernafas, namun selepas saya mengangkat tubuhnya, dia meninggal dunia,” kata lelaki itu menahan sebak.

Septia berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh bapa tirinya yang cemburu kerana ibunya sering menghabiskan masa dengan bermain TikTok. K Online

Bunuh isteri tak tahan kerap main TikTok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker