PRN Melaka: Libatkan jentera politik negeri sahaja

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dapat diadakan, biarlah hanya jentera politik yang berada di negeri itu sahaja terlibat.

Penyelidik di Centre for Electoral Education and Democracy, Amerul Muner Mohammad berpendapat, selain tidak melibatkan jentera politik dari negeri luar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) juga perlu memperluaskan kategori bagi pengundi pos.

“Pilihan raya adalah a game of numbers, semua parti politik, semua orang yang terlibat dalam pilihan raya ingin nampak bilangan penyokong dan juga pengundi yang besar.

“Tetapi inilah yang kita perlu seimbang, bagi saya, kalau pilihan raya di Melaka itu, kita biarlah orang di Melaka sahaja uruskan.



“Kita sudah nampak apa yang berlaku di PRN Sabah sebelum ini, apabila penyokong daripada semenanjung pergi berduyun-duyun ke Sabah dan balik dengan COVID-19, jadi perkara ini harus kita tekankanlah,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Dalam pada itu, Amerul menjelaskan, sekiranya pengumuman PRN diumumkan minggu depan, undang-undang yang berkuatkuasa adalah undang-undang yang harus diikuti sepenuhnya.

Katanya, pihak SPR boleh cuba mengambil inisiatif untuk memperluaskan kategori bagi pengundi pos sebagai melancarkan proses pilihan raya.

“Undi pos ini sebenanrya dalam takrifan saya, SPR mempunyai kuasa untuk membesarkan kategori pengusi pos.



“Sekarang ini kita ada sembilan kategori dalam undi pos, dan kategori ini boleh diperluaskan, jadi cadangan telah dibuat.

“Saya yakin cadangan tersebut sedang diperhalusi bukan sahaja oleh SPR, malah oleh kerajaan sendiri,” tambahnya.

SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Melaka pada Isnin ini sekali gus memberi bayangan rakyat negeri itu akan mengundi sekali lagi bagi memilih kerajaan negeri yang baharu.

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


PRN Sarawak boleh diadakan jika Agong perkenan singkatkan tempoh darurat


Sebaran :

Leave a Reply