Bukan kerajaan keluarkan arak Timah – Ahmad Marzuk
Bukan kerajaan keluarkan arak Timah – Ahmad Marzuk
Kerajaan tidak boleh dipersalahkan dengan pengeluaran arak baru jenama tempatan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary.
Katanya perusahaan mengeluarkan minuman keras memang sudah wujud di negara ini tetapi ia bukanlah dikeluarkan oleh kerajaan.
Justeru kata ahli parlimen PAS dari Pengkalan Chepa itu adalah tidak wajar bagi sesiapa mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan sekarang seperti yang tular di media sosial sekarang.
“(Pengeluaran arak itu) Bukan usaha kerajaan, tetapi inisiatif pihak lain… tiada pun campur tangan kerajaan dalam perkara ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Ahmad Marzuk berkata demikian sebagai mengulas isu arak jenama Timah yang dikatakan produk keluaran negara ini dan tular di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Netizen mempersoalkan pengeluaran bir berkenaan ketika PAS kini menjadi sebahagian daripada parti yang memerintah, dan sesetengah pihak mendakwa Malaysia kini ditadbir oleh kerajaan Melayu Islam.
Syarikat pengeluar arak tersebut semalam menjelaskan jemana Timah itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu.
Ia dilancarkan secara rasmi pada 7 Okt lalu oleh Pengarah Winepak Corp, Gilbert Yeo dan Kenny Yeo.
Tabung Haji bantu asnaf
Dalam kenyataannya arak itu dijelaskan sebagai sejenis wiski dan gambar lelaki pada label produk tersebut ialah salah seorang individu yang memperkenalkan budaya minuman berkenaan pada era pentadbiran British dulu, iaitu Kapten Speedy.
“Berdasarkan kepada sejarah itu kami menggunakan nama Timah.
“Kami tidak berniat menjadikan nama kami untuk mencetuskan kontroversi. Sebarang pentafsiran nama kami yang tidak ada kaitan dengan pelombongan bijih timah Malaysia adalah palsu.
“Timah dibuat untuk dinikmati oleh orang bukan Islam yang berumur lebih daripada hal yang dibenarkan undang-undang,” katanya.
Kata Ahmad Marzuk sebagai sebahagian daripada kerajaan, PAS sentiasa bertegas dan konsisten membantah penjualan minuman keras di negara ini.
Katanya, pendirian itu adalah selari dengan asas perjuangan PAS sejak dulu lagi.
“Orang bukan Islam nak minum arak dan jual arak dalam kalangan mereka, boleh, tetapi dalam kapasiti yang melihat kepada berapa jumlah keperluan itu,” katanya lagi.
Sementara itu Ahmad Marzuk menjelaskan sebanyak RM36 juta disalurkan oleh Lembaga Tabung Haji kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu sehingga kini.
Katanya, peruntukan itu disalurkan dalam bentuk barangan keperluan, wang tunai dan pek makanan itu membabitkan lebih 100,000 penerima di seluruh negara. Mk
Bukan kerajaan keluarkan arak Timah – Ahmad Marzuk
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.