Britain destinasi paling disukai UFO
LONDON – Daerah Yorkshire dilaporkan menjadi lubuk aktiviti objek terbang tidak dikenali (UFO) di Britain dengan lebih 200 pertembungan dilaporkan sejak dua dekad lalu, demikian menurut akhbar Daily Star.
Lebih mengejutkan, Yorkhire mencatatkan 192 laporan tentang UFO antara Mac hingga April tahun lalu yang merupakan peningkatan 200 peratus berbanding tahun 2019.
Penampakan terbaharu berlaku pada 9 Jun tahun ini di Leeds apabila dua UFO berbentuk segi tiga dan nipis dilihat terbang di langit sebelum berhenti di ruang udara sekitar pukul 12.55 pagi(waktu tempatan).
Penyiasat paranormal tempatan dikenali sebagai Brian mendakwa bahawa dia terjumpa beberapa UFO semasa memeriksa bangunan-bangunan lama pada waktu malam.
“Mereka (UFO) tertarik kepada Yorkshire kerana ia kawasan tinggi, terbuka dan memiliki banyak pangkalan tentera yang tidak lagi digunakan.
“Terdapat lebih 100 pangkalan, kubu bawah tanah dan trek Tentera Udara Diraja Britain. Semua lokasi ini tidak diketahui ramai dan tersembunyi,” katanya.
Brian mendakwa bahwa dalam tempoh seminggu lalu, pasukannya telah melihat empat UFO dalam masa satu malam.
“Ia bukan penerbangan komersial kerana objek-objek tersebut terbang bersaing dalam laluan sama,” ujarnya. – Agensi
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU