Saya Rita Rudaini dan saya prosafe

Saya Rita Rudaini dan saya prosafe

Pelakon Rita Rudaini menafikan dirinya antivaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19.

Rita atau nama lengkapnya, Rita Rudaini Mokhtar berkata, sebelum sewenang-wenangnya melabel dirinya sebagai antivaksin, kaji dahulu makna gelaran tersebut dengan prosafe.



“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan, kena kaji dahulu makna antara antivaksin dan prosafe.

“Kalian semua boleh gelar saya prosafe. Kalaulah saya ini antivaksin, tidaklah saya pergi cucuk vaksin sebelum ini macam vaksin pergi umrah dan vaksin masa kecil termasuk anak-anak,” katanya menerusi satu muat naik status dalam InstaStory.

Ujar pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Mami Jarum Junior itu lagi, jadilah pengguna media sosial yang bijak sebelum melabel mana-mana orang.

“Nak guna perkataan pun, biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan melabelkan sesuatu biar objek dengan makna selari.



“Hi, I’m Rita Rudaini and I’m prosafe (Hai, saya Rita Rudaini dan saya prosafe,” katanya.

Sekadar informasi, prosafe dalam konteks kesiapsiagaan vaksin (ambil langkah berjaga-jaga), membawa maksud individu yang menunggu vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan. K Online

Saya Rita Rudaini dan saya prosafe


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker