Polemik laungan azan di Indonesia

INDONESIA merupakan sebuah negara yang mempunyai paling ramai penduduk beragama Islam di dunia iaitu lebih 200 juta orang.

Walaupun Islam bukan agama rasmi negara itu, ia menjadi dominan dalam kehidupan seharian kerana bilangan penganutnya yang ramai berbanding dengan agama-agama lain.

Pada bulan Ogos 2018, seorang wanita dipenjara 18 bulan oleh seorang hakim di Medan, Sumatera kerana didapati bersalah menghina sesuatu golongan atas dasar agama berdasarkan undang-undang Indonesia.

Dia dipenjarakan kerana mengadu kepada jirannya tentang laungan kuat azan yang datang dari sebuah masjid berhampiran dengan rumahnya.

Rungutannya itu kemudian tersebar luas dan menjadi kemarahan sebahagian penduduk beragama Islam menyebabkan kes itu dilaporkan kepada polis sehingga satu perbicaraan dilakukan atas dakwaan memalukan agama.

Baru-baru ini pula sebuah program tarian televisyen Korea Selatan Mnet berjudul ‘Street Woman Fighter’ menjadi bahan perbincangan ramai warga maya di Indonesia.

Ini adalah kerana ramai netizen berasa marah kerana ia memasukkan suara azan dalam satu video.

Keadaan itu menyebabkan warga maya marah kerana Mnet sebagai saluran televisyen yang menyiarakan program tersebut dilihat seolah-olah memperkecikan agama Islam yang dianuti ramai penduduk Indonesia.

Para netizen dilaporkan menuntut permohonan maaf dan penjelasan daripada Mnet berhubung kejadian itu dan kemudian mempopularkan tanda pagar mnetapoligize atau #mnetapoligize di laman Twitter.

Setelah isu itu menjadi hangat, akhirnya, pihak Mnet memohon maaf dan mengakui kesalahan yang mereka lakukan.

Ia menyatakan bahawa kakitangan-kakitangan saluran itu tidak mengetahui bahawa suara yang digunakan dalam latar belakang video itu merupakan azan iaitu panggilan untuk umat Islam bersolat.

SISTEM BUNYI

Laungan azan yang kuat juga menjadi tajuk rencana sebuah agensi berita yang berjudul ‘Ketakwaan dan Kebisingan.’

Agensi berita itu menyiarkan rungutan seorang wanita tentang bunyi kuat laungan azan tetapi enggan membuat aduan kerana takut dipenjarakan.

Rencana itu juga menyiarkan kenyataan daripada Pengerusi Majlis Agama Indonesia, Jusuf Kalla bahawa kira-kira separuh daripada masjid di negara tersebut mempunyai masalah dengan sistem bunyi.

 

Alat pembesar suara digunakan bagi memperdengarkan azan di sebuah masjid di Jakarta. - Foto AFP
Alat pembesar suara digunakan bagi memperdengarkan azan di sebuah masjid di Jakarta. – Foto AFP

 

Menurut rencana itu, pertubuhan itu berjaya meminimakan ketegangan tersebut dengan melakukan perkhidmatan pembaikan sistem bunyi dan menawarkan latihan teknikal.

Kira-kira 7,000 juruteknik dilaporkan bekerja dengan projek tersebut dan ia telah berjaya memperbaiki sistem bunyi di lebih 70,000 buah masjid.

Walaupun program pembaikan sistem bunyi itu tidak wajib disertai tetapi Pengerusi Masjid Al-Ikwan di Jakarta, Ahmad Taufik menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan itu bagi memastikan wujudnya keharmonian sosial.

Rencana itu juga mendapat perhatian daripada Wakil Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria yang meminta semua pihak menghormati pelbagai agama yang dianuti oleh penduduk Indomesia.

“Dari nenek kita dahulu, kita sudah ada azan tetapi tidak usah dipermasalahkan. Kalau ada media asing bisa (menyiarkan rencana tentang azan) disampaikan, (katakanlah) bahawa inilah Indonesia,” katanya seperti dilaporkan oleh portal berita Tempo di Jakarta pada Khamis.

Beliau juga menyatakan bahawa panggilan azan ialah panggilan untuk umat Islam mendirikan solat dan dilaungkan hanya selama beberapa minit sahaja justeru ia tidak perlu dipersoalkan kerana Indonesia merupakan sebuah negara yang demokratik.

Isu laungan kuat azan itu turut mendapat perhatian sebuah media asing yag beroperasi di Indonesia pada bulan April lalu dengan melaporkan bahawa warga yang tinggal di sekitar masjid perlu memiliki kesedaran bahawa pengurus rumah ALLAH itu mempunyai tanggungjawab bagi memberitahu penganut agama Islam bahawa waktu solat telah tiba.

Itulah sebabnya mengapa azan selama lima kali sehari perlu dilaungkan. – Agensi

Polemik laungan azan di Indonesia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid terbesar di Jerman kini dibenar laung azan Jumaat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker