Keretapi Laju HSR Iskandar Puteri-KL Hanya Rugikan Negara

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

KEPUTUSAN yang dibuat demi kepentingan rakyat dan negara perlulah bijak. Jika ianya dibuat bagi memenuhi “poket” kroni maka ekonomi rakyat dijadikan cagarannya. Akhirnya rakyat yang jadi mangsa.

Dalam isu keretapi laju (HSR) Singapura-KL yang digantikan dengan Iskandar Puteri-KL, tindakan tersebut dilihat sangat tidak strategik. Ianya akan menyebabkan negara menanggung kerugian akibat jumlah penumpang, jumlah pelancong asing, jumlah pendapatan serta nilai impak ekonomi adalah berkali ganda lebih rendah berbanding projek asal.

Jarak Singapura-KL = 354.6km
Jarak Iskandar Puteri-KL = 332.6km
Perbezaan jarak = 22km @ 6% jarak Singapura-KL

Ini bermakna kos Singapura-KL dan Iskandar Puteri-KL menelan belanja yang hampir sama. Persoalannya, mengapa kerajaan Perikatan Nasional(PN) atau Muhyiddin batalkan projek asal sedangkan projek Singapura-KL menjanjikan pulangan yang jauh lebih lumayan daripada laluan Iskandar Puteri-KL?

Mengapa kerajaan Muhyiddin sanggup membayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada negara Singapura untuk membatalkan projek HSR Singapura-KL (yang juga akan melalui Iskandar Puteri) dan digantikan dengan projek HSR Iskandar Puteri- KL walaupun jumlah penumpang, jumlah pelancong asing, jumlah pendapatan serta nilai impak ekonomi adalah berkali ganda lebih rendah berbanding projek asal?

Memandangkan kos dan jarak hampir sama, kenapa pula kerajaan Muhyiddin dahulu membayar pampasan yang tinggi sehingga menyebabkan rakyat terpaksa membayar subsidi setiap tahun yang jumlah terkumpul akan melebihi RM10 bilion bagi projek ini akibat kekurangan penumpang dan pendapatan?

Akibatnya, negara akan terlepas impak ekonomi sebanyak RM500 bilion bagi jangka masa panjang yang bakal diberi oleh projek asal?

Menurut Datuk Seri Najib, kerajaan Muhyiddin membatalkan projek HSR Singapura-KL dan digantikan dengan HSR Iskandar Puteri-KL kerana mahu mengelakkan tender terbuka antarabangsa yang dibuat dan dinilai bersama Singapura supaya projek-projek boleh diberi secara terus kepada kroni-kroni kesayangan.

Jika ini benar maka rakyat perlu membantah projek HSR Iskandar Puteri-KL. Kita perlu mendesak agar projek keretapi laju (HSR) Singapura-KL dilaksanakan semula.

Alasan kononnya “kedaulatan negara terancam” dan “tanah Melayu tergadai dengan Cina Singapura” tidak boleh diterima akal.

HSR KL-Singapura lebih kepada pengangkutan penumpang tempatan dan pelancong. Sebahagian besar landasan HSR adalah dalam Malaysia dan sebahagian kecilnya di Singapura. Agak pelik, apabila penyokong Muhyiddin menganggap penglibatan negara Singapura dalam projek HSR boleh “mengancam kedaulatan negara” dan “menggadaikan tanah Melayu dengan Cina negara Singapura” tetapi langkah kerajaan PH-PPBM dahulu untuk memberi hak 50% operasi ECRL kepada syarikat China tidak pula “mengancam kedaulatan negara” dan “menggadaikan tanah Melayu dengan Cina negara China”?

Untuk makluman penyokong Muhyiddin, Terowong Saluran, yang sering disebut Chunnel atau Terowong Euro, adalah terowong kereta api dan rangkaian keretapi Eurostar yang terletak di bawah perairan Selat Inggeris dan menghubungkan pulau Great Britain dengan tanah besar Perancis juga dimilik dan diurus bersama antara negara UK dan Perancis. Dalam perkara ini, UK tidak tergadai pun kepada Perancis ataupun kedaulatan Perancis terancam dengan UK disebabkan oleh projek Eurostar dan Chunnel tersebut.

Kenapa mereka menukar projek keretapi laju (HSR) Singapura-KL kepada Iskandar Puteri-KL yang menjanjikan kerugian kepada negara? Kenapa?

 


Sebaran :

Leave a Reply