Basikal lajak, masih tak serik-serik
Basikal lajak, masih tak serik-serik
JOHOR BAHRU – Sekumpulan remaja lelaki dikesan masih menunggang basikal lajak di jalan-jalan utama di sekitar bandar raya ini.
Terbaharu, seorang pengguna jalan raya sempat merakam gambar kanak-kanak terbabit menunggang basikal lajak dengan aksi yang merbahaya di Taman Tampoi, di sini kelmarin.
Seorang peniaga, Mazlin Abu Bakar, 41, berkata, dia dari Kluang kebetulan ada urusan kerja di Johor Bahru merakam kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang.
“Saya dari Kluang nak hantar tempahan kopi kepada pelanggan di Johor Bahru, apabila melalui kawasan Taman Tampoi jalan menghala ke Angsana Mall, saya tengok dalam lapan hingga 12 remaja berbasikal lajak.
“Memang cara mereka tunggang basikal agak merbahaya, kalau orang tak nampak mungkin boleh berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mazlin yang juga penyanyi kepada sebuah kumpulan brass band berkata, kejadian lapan remaja maut dilanggar kereta empat tahun lalu seolah-olah tidak memberi pengajaran terutamanya kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit.
“Ibu bapa kena pantau anak-anak jangan terlalu ‘lepas’ mereka keluar tanpa ambil tahu apa mereka buat.
“Kita tidak mahu kejadian empat tahun lalu berulang, bila jadi macam itu (kemalangan maut) masing-masing menuding jari salahkan orang lain,” katanya.
Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi, 18 Februari 2017, lapan remaja maut selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam di sini.
Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd. Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.
Ahad lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebas dan melepaskan seorang jurujual, Sam Ke Ting, 26, daripada pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.
Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan terdapat kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh. K Online
Basikal lajak, masih tak serik-serik
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.