Balu tabah besarkan 4 anak kandung, 4 anak tiri



Sebaran :

Dewi bersama sebahagian daripada anak kandung dan anak tirinya. – Detik

JAKARTA – Seorang wanita menjadi perhatian pengguna media sosial apabila berkongsikan kisah hidupnya yang perlu membesarkan empat anak kandung dan empat anak tiri selepas kematian suaminya, lapor portal Wolipop hari ini.

Dewi Indri Prasiwi, mendedahkan bahawa selepas bercerai dengan suami pertamanya, dia bertemu jodoh dengan arwah suaminya selepas lelaki itu turut kematian isterinya ketika melahirkan anak.

Menurut Dewi, sebagai teman, dia sering menemani arwah suaminya menziarahi kubur arwah isterinya sehingga lelaki itu melamarnya untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

“Bagaikan disambar petir, pada 12 November 2020, kamu pergi buat selamanya dan meninggalkan saya. Sekarang, saya merindui kamu dan hanya mampu berdoa serta mengucup batu nisanmu,” kata wanita itu dalam klip video yang dimuat naik di TikTok.



Tambah Dewi, dia pasrah menerima ketentuan takdir dan ikhlas meneruskan hidup dengan membesarkan empat orang anak kandung dan empat anak tirinya.

“Sekarang, saya bersendirian bersama satu tanggungjawab luar biasa. Mereka semua ialah anak-anak yang hebat dan menguatkan semangat saya agar sentiasa mengingati semua nasihat yang pernah kamu berikan.

“Walaupun mereka (anak tiri) bukanlah dari rahim saya sendiri, namun mereka tetap anak-anak kita,” luahnya.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum akan semangat dan ketabahan yang ditunjukkan Dewi.



“Kamu seorang wanita hebat yang dipilih Allah. Semoga rezeki kamu diperluaskan kerana telah membesarkan anak-anak yatim piatu,” kata seorang netizen. – Agensi

Balu tabah besarkan 4 anak kandung, 4 anak tiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PRN Melaka: PAS mahu elak pertembungan


Sebaran :


Leave a Reply