Ahli Parlimen Labuan didakwa minta kontrak
Ahli Parlimen Labuan didakwa minta kontrak
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mendapatkan kontrak pekerjaaan bagi syarikat di mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan.
Rozman yang juga Ketua Whip WARISAN, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Rozman sebagai pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaaan sebagai Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.
Kontrak itu bagi Syarikat Liberty Port Management Sdn Bhd, yang mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya, antara jam 2.30 dan 5.30 petang, pada 23 Mac 2018.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Jaminan itu tidak dibantah peguam Mohd Rafiq Rashid Ali yang mewakili Rozman.
Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin di Semenanjung, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan 19 November ini untuk sebutan semula kes. BH
Ahli Parlimen Labuan didakwa minta kontrak
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.