46 terbunuh bangunan terbakar di Taiwan

TAIPEI – Satu kebakaran yang berlaku  semalaman hampir memusnahkan sebuah bangunan di bandar Kaohsiung, selatan Taiwan hari ini dan menyebabkan 46 orang terkorban, manakala berpuluh-puluh mangsa lain cedera, kata pihak berkuasa.

Kebakaran itu berlaku di sebuah  bangunan pelbagai guna setinggi 13 tingkat pagi tadi, demikian menurut beberapa  pegawai. Api merebak ke beberapa buah tingkat sebelum pasukan bomba dapat mengawal kebakaran.

“Kebakaran itu  menyebabkan 46 kematian manakala 41 mangsa lagi cedera,” kata jabatan bomba Kaohsiung dalam satu kenyataan kepada pemberita.

Gambar yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat (CNA) menunjukkan asap hitam naik ke udara  ketika anggota-anggota bomba cuba sedaya upaya untuk memadamkan api.

Menurut bomba Kaohsiung, lebih 70 jenteranya telah dikerahkan untuk mengawal api daripada merebak.

Kebanyakan kematian berlaku pada tingkat tujuh hingga 11 yang menempatkan apartmen kediaman, kata beberapa pegawai.

Lima tingkat pertama bangunan itu adalah untuk kegunaan komersial tetapi tidak berpenghuni.

Menurut seorang saksi, kira-kira 100 orang tinggal di apartmen-apartmen bangunan tersebut, manakala punca kebakaran masih disiasat. – AFP .

46 terbunuh bangunan terbakar di Taiwan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PAC tak puas hati – prestasi Amanah Raya tidak memuaskan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker