Zahid tolak MN di PRN Melaka, BN akan bertanding solo
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu mahupun PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan datang.
Dalam sebuah program bual bicara malam tadi, pengacara Rafi Awang Kechik bertanya kepada Zahid sama ada Muafakat Nasional (MN) akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu.
“Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana PRK-PRK (pilihan raya kecil) yang pernah diadakan.
“Biarlah Umno bertanding dengan panji-panji BN secara solo. Dan Insya Allah rakyat memilih parti yang terbaik,” kata Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid dijemput sebagai tetamu dalam program ‘Jawab, Saya Tanya’ bertajuk ‘PRU15: Membentuk Atau Membina Arus?’ yang disiarkan secara dalam talian malam tadi.
Dalam program berkenaan, Rafi juga bertanya kepada Zahid apakah Umno akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan PRN Melaka.
Ahmad Zahid berkata dia menghormati keputusan dan ketetapan yang dibuat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu untuk tidak memutuskan kerjasama dengan Bersatu.
“Ketetapan telah dibuat dan saya sebagai presiden menghormati bahawa dalam PRU15 nanti kita tidak akan bekerjasama dengan PPBM.
“Saya fikir itulah kehendak di kalangan ahli-ahli Umno dan kepimpinan Umno di seluruh negeri Melaka. Saya harap mereka yang mendengar apa yang saya nyatakan ini adalah ekoran daripada suara hati dan suara hati politik mereka,” katanya.
‘Cukuplah dikhianati sekali’
Ditanya apakah dia kecewa dengan Muafakat Nasional, anggota Parlimen Bagan Datuk itu menafikannya namun menegaskan bahawa Umno telah “dikhianati berulang kali”.
“Saya tidak pernah kecewa sebagai seorang orang ahli politik tetapi kita harus tahu bahwa bila kita berkongsi, terutamanya berkongsi hidup, kita harus saling percaya mempercayai dan kita jangan khianat mengkhianati.
“Cukuplah kalau pengkhianatan itu dilakukan sekali.
“Tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada Umno tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut pengkhianatan yang dimaksudkan.
Umno dan PAS memeterai piagam bersama untuk membentuk Muafakat Nasional semasa kedua-dua parti itumenjadi pembangkang.
Bagaimanapun selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan, PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu tanpa berbincang terlebih dulu dengan Umno.
Pada masa sama, hubungan Umno dengan Bersatu – yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Umno – terus tegang.
Timbalan Zahid bertemu pemimpin PAS
Ketika Zahid membuat kenyataan yang menunjukkan keengganan parti itu untuk bekerjasama dengan PAS, beberapa pemimpin kanan Umno dan PAS pula mengadakan pertemuan semalam.
Pemimpin Umno yang hadir ialah timbalan presidennya, Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir; dan ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
PAS pula diwakili timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Idris Ahmad.
Asyraf turut menyiarkan pertemuan itu di Facebook dengan tanda pagar “#muafakat”.
“Sama-sama mencari titik-titik persamaan demi memperteguhkan ukhwah,” tulisnya.
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.