Abang bomba kongsi petrol dengan penunggang motosikal undang tular

Abang bomba kongsi petrol dengan penunggang motosikal undang tular

Jangan sangka tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terhad kepada memadam kebakaran, kemalangan jalan raya, bencana alam, mengendali haiwan berbisa dan menyelamatkan kucing yang terperangkap di tempat tinggi semata-mata.

Banyak lagi khidmat yang sering disalurkan badan beruniform ini yang tidak diketahui ramai. Namun, perkongsian yang dimuat naik Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dari pengguna TikTok Ghazali Shaffiee memang lain dari yang lain.

Video berdurasi 1 minit 8 saat itu menunjukkan sebuah jentera bomba tiba-tiba berhenti di tepi lebuh raya selepas melihat seorang penunggang menolak motosikalnya.

Dari bahasa tubuh perbualan di antara tiga anggota bomba dengan penunggang tersebut, terbukti motosikalnya kehabisan minyak.

“Rosak ke bang?,” tanya anggota Bomba tersebut kepada penunggang motosikal.

“Minyak habis bang,” jawab penunggang motosikal.

“Alhamdulillah, kalau minyak habis kami boleh bantu sebab dalam jentera memang ada minyak untuk mesin. Kalau nak tolak ke pam minyak dalam 8km jugalah,” kata anggota itu lagi sambil mengisi penuh tangki motosikal tersebut.

Malah, menerusi perbualan ringkas mereka, difahamkan penunggang tersebut hanya minta diisikan sedikit saja petrol, cukup sekadar sampai ke pam minyak.

Namun, permintaan ditolak anggota bomba tersebut yang terus memenuhkan tangki minyak motosikal terbabit.

Rakaman bantuan yang diberi anggota bomba terbabit dikongsi semula di akaun Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia sehingga tular dan mendapat hampir 80,000 tanda suka.

Ruang komen juga dihujani kata-kata semangat, perangsang, kekaguman serta ucapan terima kasih dari warganet. Berikut antara perkongsian mereka.

“Semua anggota badan beruniform memang insan hebat. Al-Fatihah untuk wira negara arwah Adib,” ucap Mohd Ghafar.

“Terima kasih untuk semua bomba di Malaysia. Andalah wira yg tak didendang. Cita-cita dulu ni, tapi rezeki tak tertulis dekat situ jadi buat semua abang-abang bomba, semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah dan selamat di setiap operasi amin,” demikian doa Nabil Faez.

“Terbaik! sepatutnya pihak atasan bomba beri penghargaan kepada anggota-anggota yang buat kerja-kerja amal begini,” kata Habib Omar pula.

“Alhamdulillah, memang terbaik abang-abang bomba. Kucing naik atas bumbung rumah saya pun depa tolong turunkan,” kongsi Azirah Md Saad. FMT

Abang bomba kongsi petrol dengan penunggang motosikal undang tular


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker