Suami kedekut punca ramai wanita murung
Suami kedekut punca ramai wanita murung
Kegagalan suami memberi nafkah belanja harian kepada isteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi punca utama ramai dalam kalangan wanita menghidap kemurungan yang melampau sehingga mengambil keputusan mengorbankan rumah tangga yang dibina.
Perkara tersebut didedahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST) selepas meneliti punca permohonan perceraian fasakh yang dikendalikan persatuan sepanjang tempoh berkenaan iaitu sejumlah 71.4 peratus diikuti permohonan cerai ta’liq (21.4 peratus) dan nafkah anak (7.2 peratus).
Presiden PPST, Fazrul Anuar Yusof berkata, setiap kali individu datang meminta rujukan dan bantuan daripada pihaknya, alasan diberikan adalah sama, tidak sanggup meneruskan kehidupan dengan suami kedekut.
“Mereka memaklumkan suami sangat berkira untuk menghulurkan wang belanja harian sekali gus keadaan ini menyebabkan mereka tertekan.
“Mereka mendakwa jika tidak dikawal boleh jadi ‘gila’ disebabkan kemurungan melampau kerana isu kewangan, jadi untuk mengatasi masalah ini, mereka mengambil keputusan memohon perceraian kerana tidak dapat teruskan hidup bersama pasangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurut Fazrul, selepas menerima aduan dan permohonan perceraian individu berkenaan, pihaknya akan memanggil pasangan masing-masing untuk mendengar alasan bagi membantu ‘menyelamatkan’ rumah tangga mereka tetapi majoriti yang datang memang sudah nekad untuk berpisah.
“Kebanyakan lelaki memberi alasan kenapa terpaksa bersikap ‘kedekut’ dengan pasangan masing-masing adalah disebabkan tak ada wang kerana tidak boleh bekerja sepanjang tempoh tersebut.
“Namun masalah sedemikian tidak boleh dijadikan alasan sepenuhnya. Mereka perlu berusaha mencari sumber kewangan walau dalam apa jua keadaan, kerana tanggungjawab memberi nafkah adalah wajib bagi setiap suami,” jelasnya.
PPST ditubuhkan bagi memberi khidmat guaman secara percuma kepada wanita asnaf sejak 2018.
Bantuan disediakan membabitkan empat jenis kes iaitu nafkah isteri, nafkah anak, perceraian secara ta’liq dan perceraian secara fasakh.
Pemohon perlu berpendapatan RM1,000 ke bawah, kes yang belum difailkan di mahkamah syariah dan syarat-syarat lain ditetapkan PPST secara percuma. Sinar
Suami kedekut punca ramai wanita murung
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.