Imej saya ‘dirosakkan’ sebelum PRU15, kata Rozman
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli daripada Warisan mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, dan menganggap kerajaan mahu merosakkan reputasinya menjelang pilihan raya umum.
Terdahulu, laporan media menyebut Rozman bakal didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bercakap kepada FMT, Rozman mendakwa kerajaan cuba menuduhnya menyalahgunakan kuasa ketika menjadi ahli Lembaga Pelabuhan Labuan.
Beliau mendakwa, tuduhan itu susulan kegagalan kerajaan memujuknya melompat parti meninggalkan Warisan.
“Ini bukan perkara baharu. Mereka mencubanya sejak 2020. Tetapi saya tidak bimbang.
“Lagipun saya mahu memerangi kes salah guna kuasa dan rasuah. Jadi ini akan menjadi seperti ‘pengalaman langsung’ buat saya.
“Objektif pertama adalah untuk membuatkan saya menyertai mereka. Disebabkan itu gagal, cubaan kedua adalah untuk merosakkan reputasi saya sebelum pilihan raya umum akan datang”.
Menurut kenyataan SPRM, seorang Ahli Parlimen akan didakwa di mahkamah pada 9 pagi esok.
SPRM tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen berkenaan, namun sumber menamakan Rozman sebagai individu itu kepada FMT.
Sumber turut berkata, Rozman akan menghadapi tuduhan bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu.
Imej saya ‘dirosakkan’ sebelum PRU15, kata Rozman
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.