Wanita maut digilis lori muatan batu ketika berbasikal
SIK- Seorang wanita maut selepas digilis sebuah lori muatan batu di Simpang Tiga Kampung Kilang Ubi, dekat sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi ketika mangsa Nor Nazirah Jamaluddin, 41, sedang menunggang basikal bersendirian.
Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan batu yang membelok ke kiri dipercayai tidak perasan kelibat mangsa yang sedang mengayuh basikal lalu melanggarnya sehingga mangsa dan basikalnya terperosok di bawah lori.
Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Sik yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kaki maut di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Abdull Razak, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan. -Awani
Wanita maut digilis lori muatan batu ketika berbasikal
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU