Perdana Menteri sebak sentuh isu kemiskinan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebak apabila menyentuh mengenai isu kemiskinan ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di sidang Dewan Negara pada Selasa.

Lontaran suara Ahli Parlimen Bera itu jelas kedengaran sebak dan sedih ketika menyebut fokus kelima RMK12 iaitu membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan.

Seolah-olah terkenangkan semula latar belakang beliau yang lahir daripada keluarga miskin, Ismail Sabri berkata, isu kemiskinan sangat dekat di hatinya.



“Dilahir dan membesar daripada keluarga penoreh getah, saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.

“Pandemik Covid-19 yang melanda telah meningkatkan kadar kemiskinan, menjejaskan pendapatan individu dan isi rumah seterusnya menghimpit keluarga kita dalam kemiskinan,” katanya.

Berikutan itu, Ismail Sabri merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO), badan korporat, orang perseorangan dan Majlis Agama Islam negeri.

Menurut beliau, kesemua pihak itu sentiasa prihatin dan menyokong kerajaan dalam membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik.



Perdana Menteri sebak sentuh isu kemiskinan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahril Hamdan sebagai Pengarah Ekonomi PMO bukti PM iktiraf orang muda



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker