Gaduh di Bukit Bintang, 3 lelaki ditahan
Gaduh di Bukit Bintang, 3 lelaki ditahan
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang susulan tular video insiden berkenaan di media sosial, semalam, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya.
Beliau berkata, polis mengesan dua video yang tular berkenaan, masing-masing berdurasi 37 dan 27 saat menunjukkan insiden pergaduhan yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @NanManjoi8715.
Katanya, sehubungan itu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan siasatan berhubung video berkenaan yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 32 hingga 52 tahun.
“Semua suspek terbabit direman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Dellhan berkata, kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya sebaik siasatan selesai dijalankan dan pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. FMT
Gaduh di Bukit Bintang, 3 lelaki ditahan
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU