Bincang isu pisah kuasa Peguam Negara dengan PM, Azalina diberitahu

Sebaran :

Bincang isu pisah kuasa Peguam Negara dengan PM, Azalina diberitahu

Kumpulan pemantau antirasuah menggesa bekas Timbalan Speaker Azalina Othman Said supaya membincangkan isu pemisahan kuasa Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan dan Pendakwa Raya, kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, memandangkan pelantikan Azalina sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) kepada Ismail, beliau sewajarnya membangkitkan isu penting itu ke peringkat tertinggi.

Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dalam webiner mengenai pembaharuan pilihan raya anjuran Bersih 2.0 berkata, tindakan menasihatkan Perdana Menteri mengenai pentingnya mengasingkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan membolehkan isu itu dibangkitkan di Parlimen untuk dibahaskan.

Cynthia berkata, Peguam Negara sebelum ini telah gagal bertindak dalam beberapa kes melibatkan ahli politik.

“Kita tahu ada Ahli Parlimen Umno meninggalkan parti itu memasuki Bersatu. Walaupun ada yang berdepan kes rasuah, Peguam Negara tidak meneruskan kes terhadap mereka dan ini mungkin berkait dengan kepentingan politik,” katanya.

Beliau menggesa umum meletakkan desakan terhadap isu itu supaya semua parti menjadikannya sebahagian manifesto pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Azalina yang turut menyertai forum itu menegaskan kuasa Peguam Negara mesti diasingkan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa lanjut di negara ini.

Katanya, ini wajar dilakukan supaya Peguam Negara tidak mempunyai motif politik atau dimanipulasi golongan berkuasa. FMT

Bincang isu pisah kuasa Peguam Negara dengan PM, Azalina diberitahu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan


Sebaran :

Leave a Reply