Bapa, anak maut, motosikal bertembung Hilux

Bapa, anak maut, motosikal bertembung Hilux

Dua beranak Orang Asli maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 22 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, petang tadi.

Nahas itu mencederakan seorang lagi kanak-kanak berusia empat tahun yang turut membonceng motosikal berkenaan, selain seorang penumpang pacuan empat roda berkenaan.



Pemandu dan seorang lagi penumpang kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sik Choon Foo berkata nahas dipercayai berlaku pada 2.15 petang ketika mangsa, Jeli Udang, 34, dan Amir, 12, serta seorang lagi anaknya menaiki motosikal di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati Jeli bersama dua anaknya yang membonceng motosikal dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

“Mangsa yang tiba-tiba membuat pusingan U memasuki laluan bertentangan telah bertembung dengan 4WD jenis Toyota Hilux,” menurutnya dipetik Bernama dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata impak kejadian menyebabkan motosikal mangsa dan 4WD terbabit terbabas ke dalam semak di tepi jalan.

“Tiga beranak itu kemudian terjatuh atas jalan menyebabkan Jeli dan Amir meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Sik berkata kanak-kanak yang terselamat itu telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Penumpang kenderaan pacuan 4WD, Siti Nor Nadia Amran, 27, yang cedera di bahagian pinggang menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).



“Mayat Jeli dan anaknya Amir telah dihantar ke bahagian forensik HGM untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. FMT

Bapa, anak maut, motosikal bertembung Hilux


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker