Peja kata tolak kerjasama Umno-Bersatu hanya pandangan peribadi

ALOR GAJAH: Penolakan Umno untuk bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak lebih daripada pandangan peribadi beberapa pemimpin parti tersebut.

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata, partinya sentiasa membuka pintu rundingan dan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, selagi tidak merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

“Setakat hari ini, saya menganggotai barisan Jemaah Menteri yang dipimpin oleh seorang dari Umno. Kami bermesyuarat dengan baik, membuat keputusan secara bersama, mempertahankan keputusan yang kami buat secara bersama dan ini akan kami teruskan.

“Kebanyakan pemimpin di atas sana tak ada masalah untuk bekerjasama. Mungkin ada satu dua orang yang tak mahu,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Hari Sukan Negara peringkat daerah Alor Gajah, hari ini.

Rabu lepas, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka.

Peja kata tolak kerjasama Umno-Bersatu hanya pandangan peribadi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PN Melaka yakin kekuatan sendiri walau tak kerjasama dengan Umno

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker