Panel siasat kematian Adib, dakwaan Thomas ‘tiada taring’ – peguam

Panel siasat kematian Adib, dakwaan Thomas ‘tiada taring’ – peguam

Seorang peguam menyifatkan penubuhan jawatankuasa khas untuk menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dan dakwaan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sebagai “harimau tanpa taring”.

A Srimurugan berkata, sesiapa sahaja yang menyiasat sesuatu perkara mesti mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk memanggil saksi dan mengambil keterangan mereka.

“Sebagai contoh, seorang pegawai polis akan bergantung kepada Kanun Prosedur Jenayah dan Kanun Keseksaan untuk menangkap, merampas bahan bukti dan merakam keterangan,” katanya.

Srimurugan berkata, kenyataan sedemikian boleh dikemukakan di mahkamah ketika tertuduh didakwa.
“Dari manakah jawatankuasa atau pasukan petugas mendapat kuasa mereka untuk menjalankan tugas mereka?” soalnya.

Beliau mengulas laporan Kabinet memutuskan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyiasat kematian Adib dan pasukan petugas khas untuk meneliti dakwaan Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, pasukan petugas khas itu juga akan mengkaji undang-undang berkaitan pertikaian kedaulatan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca.

Srimurugan mempersoalkan matlamat penubuhan jawatankuasa khas menyiasat kematian Adib selepas koroner membuat keputusan dan polis sudah menjalankan siasatan lanjut.

“Jabatan Peguam Negara perlu mengisytiharkan sama ada mereka akan mendakwa seseorang atau sebaliknya. Penubuhan jawatankuasa itu membuang masa dan sumber.”

Seorang lagi peguam, Joy Wilson Appukuttan berkata, lebih baik kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk meneliti isi kandungan buku Thomas.

Beliau berkata, RCI boleh mula bertindak sebaik sahaja Peguam Negara menetapkan terma rujukan dan Yang di-Pertuan Agong melantik anggota tribunal itu.

“RCI akan mendapat kuasanya di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, selepas anggota tribunal dilantik oleh Agong.”

Appukuttan berkata, RCI boleh memanggil saksi untuk memberi keterangan dan mengemukakan dapatan mereka kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, siasatan ke atas buku Thomas akan meneliti dakwaan seperti “penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan”.

Pasukan petugas khas itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim yang akan dilantik dalam waktu terdekat, dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara bertindak sebagai urusetia. FMT

Panel siasat kematian Adib, dakwaan Thomas ‘tiada taring’ – peguam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker