UMNO Sabah terbuka terima wakil rakyat Bebas

KOTA KINABALU: UMNO Sabah sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana wakil rakyat yang mempunyai keikhlasan untuk menyertai parti berkenaan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sekiranya wakil rakyat itu mempunyai keikhlasan untuk menerima perjuangan UMNO, beliau dengan senang hati menerima mereka.

Timbalan Ketua Menteri, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ini berkata, pergolakan politik sentiasa berlaku dan tidak menghairankan sekiranya ada wakil rakyat yang keluar parti di Sabah.



Tindakan wakil rakyat keluar parti ini boleh didorong oleh faktor-faktor tertentu. Jika dilihat ketika ini biarpun Parti Warisan Sabah (Warisan) bukan lagi kerajaan yang memerintah namun, masih ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka yang bertindak keluar parti.

“Kita lihat hala tuju Warisan mula berbeza iaitu mereka ingin mengembangkan sayap parti ke Semenanjung Malaysia dan mungkin ini antara faktor yang menyebabkan wakil rakyat Warisan tidak berpuas hati lalu bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

“Jadi, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada ADUN yang mengambil tindakan berani untuk keluar dan menjadi ADUN Bebas ini.

“Kita berharap mereka ini akan terus memainkan peranan yang lebih aktif dan efisien untuk sama-sama membantu dalam pembangunan negeri dan masyarakat,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan ceria ke sekolah TNB/SESB, di Kinabatangan semalam.

Semalam, ADUN Sindumin daripada Warisan, Datuk Dr. Yusof Yacob mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan memerintah. -UTUSAN ONLINE

UMNO Sabah terbuka terima wakil rakyat Bebas


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ramai ADUN pembangkang di Sabah kini sokong kerajaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker