PKR, DAP Pulai Pinang bertegang leher
PKR, DAP Pulai Pinang bertegang leher
GEORGE TOWN: Seorang ‘backbencher’ DAP menyifatkan kenyataan Exco negeri Norlela Ariffin berhubung kritikan terhadapnya sebagai “tidak wajar dan mengejutkan.”
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima Syerleena Rashid menyuarakan rasa kesal bahawa Norlela tidak dapat mengetepikan perasaan peribadinya dalam meluahkan rasa tidak puas hati.
Kenyataannya itu susulan tindakan Norlela menyelar tiga ADUN dari DAP yang didakwanya menagih pujian bagi pengurangan kes jangkitan Covid-19 dan kadar vaksinasi di negeri itu.
Syerleena berkata, sebagai seorang yang memegang jawatan penting di Pulau Pinang, Norlela sepatutnya memberi sebarang respons secara waras dan tidak diganggu emosi.
Katanya, Norlela juga sepatutnya mengamalkan kepemimpinan baik dengan bersikap telus dalam apa dilakukannya berkaitan usaha pemulihan Covid-19.
“Lagipun berkongsi maklumat dan memberikan arahan jelas adalah elemen yang menunjukkan keakraban yang dipegang Pakatan Harapan.”
Menurut laporan, Norlela dipetik menyuarakan rasa meluat dengan “pembuli yang suka ‘witch hunt’ (menyalahkan) wanita”.
“Memandangkan kedudukannya, memang perkara ini malang kerana tidak memaparkan pemimpin yang dapat dijadikan contoh, seperti diperlukan dalam keadaan sekarang,” katanya.
Sementara itu Pemuda DAP turut menyifatkan sebagai tidak adil untuk Pemuda PKR “mengarahkan” ADUN Pulau Tikus Chris Lee Chun Kit berhenti mengkritik Norlela.
Dalam kenyataan bersama, Pemuda DAP Bukit Bendera, Bukit Gelugor dan Jelutong berkata arahan itu tidak patut jika melihat kepada prinsip kebebasan bersuara.
Menurut kenyataan itu, kritikan Lee bertujuan diterima secara konstruktif terutama apabila melihat seorang rakan politik seolah-olah “tersasar”.
Menurut mereka, portfolio kesihatan amat penting memandangkan pandemik yang sedang berlaku, apatah lagi ia turut dikritik warga Pulau Pinang yang mempertikai kenapa langkah kawalan penyakit tidak sampai kepada mereka.
Menurutnya, ini disebabkan langkah-langkah berkenaan tidak disampaikan mengikut masa, selain SOP yang sentiasa berubah-ubah dan mengelirukan. FMT
PKR, DAP Pulai Pinang bertegang leher
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.