JBPM hargai komitmen PM tubuhkan Jawatankuasa Khas siasat kes kematian Adib



Sebaran :

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas komitmen menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyiasat kes kematian Muhammad Adib Muhammad Kassim.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas ini juga adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada kebajikan penjawat awam.

“Terima kasih di atas kesungguhan dan komitmen Perdana Menteri dalam memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kematian Muhammad Adib.

“Ia suatu langkah yang sejajar dengan hasrat dan cadangan diutarakan JBPM agar segala kekusutan dan pertikaian yang berbangkit dalam kes kematian itu.



“Kami berharap siasatan kes kematian Muhammad Adib dapat dirungkai dengan penuh iltizam dan bertanggungjawab,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau mewakili seluruh warga JBPM berdoa agar kes Muhammad Adib ini mendapat keadilan sewajarnya.

Mohammad Hamdan berkata, ia penting bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat awam bahawa keselamatan nyawa penjawat awam khususnya petugas barisan
hadapan senantiasa menjadi keutamaan dan tanggungjawab kerajaan.

JBPM hargai komitmen PM tubuhkan Jawatankuasa Khas siasat kes kematian Adib




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pas tubuh jawatan kuasa induk hadapi PRN Melaka

 

 

 


Sebaran :


Leave a Reply