Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini
Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini
JITRA – Seorang lelaki warga emas terpaksa menjadikan sebuah pondok kecil di sebuah tapak pembinaan terbengkalai di Kampung Tok Jalai di sini sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan sejak empat tahun lalu.
Jamaluddin Ahmad, 71, berkata, dia yang tidak pernah berumah tangga membina sendiri pondok berkenaan menggunakan kayu dan atap zink terpakai yang dikutip di sekitar kawasan berkenaan.
Katanya, sebelum ini dia tinggal bersama ibunya di sebuah rumah di Alor Setar, namun terpaksa keluar daripada kediaman itu selepas ibunya meninggal dunia sehingga terpaksa mencari tempat perlindungan baharu.
“Saya terpaksa cari tempat tinggal lain, namun disebabkan kesempitan hidup, saya minta kebenaran pemilik tapak pembinaan ini untuk tinggal di sini.
“Kehidupan di pondok ini sangat sukar kerana tiada bekalan elektrik dan air. Bagaimanapun, saya terima takdir ini dan tetap bersyukur kerana masih mampu mencari tempat untuk berlindung daripada panas dan hujan,” katanya ketika ditemui di pondoknya di Kampung Tok Jalai di sini semalam.
Jamaluddin berkata, untuk mendapatkan bekalan air, dia akan ke sebatang sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari pondok dan terpaksa mengangkut sendiri untuk dibawa balik ke pondoknya.
Ujarnya, bagi bekalan makanan pula, dia terpaksa melakukan kerja-kerja kampung termasuk menjual besi buruk dan barangan terpakai yang dikutipnya dengan anggaran pendapatan sebanyak RM20 sehari.
“Saya juga dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan dan bantuan itu cukup untuk digunakan membeli makanan dan tambah nilai telefon bimbit,” ujarnya.
Tambahnya, dia juga berharap dapat tinggal di sebuah rumah yang lebih selesa memandangkan usianya yang semakin lanjut.
Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu Jamaluddin boleh menghubunginya di talian 011-1951 0250. K Online
Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU