Darurat di Melaka? Keputusan minggu depan – PM

Darurat di Melaka? Keputusan minggu depan – PM

Kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan difahamkan Sultan Nazrin Shah akan menerima taklimat daripada beberapa pihak sebelum menimbang perkara itu.



“… belum lagi, tadi kita ada mesyuarat kabinet, kita bincang mengenai situasi di Melaka dan kita belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Sebab kita difahamkan yang Pemangku Yang di-Pertuan Agong (Sultan Nazrin Shah) akan mendapatkan taklimat daripada AG (Peguam Negara) KKM (Kementerian Kesihatan), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) jadi kita tunggu taklimat itu kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kita tunggulah selepas briefing kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Kabinet akan membuat keputusan minggu depan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis prapelancaran ‘Keluarga Malaysia’ di Angkasapuri di Kuala Lumpur.

Isnin lalu, kerajaan nengeri Melaka pimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali tumbang selepas empat bekas Adun kerajaan menarik sokongan terhadapnya.



Susulan itu Sulaiman memohon pembubaran kerajaan daripada Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali Rustam yang membenarkannya.

Empat bekas Adun itu ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu ), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Serentak itu, Suruhanjaya Pilihan Raya wajib untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh masa 60 hari.

Pembubaran DUN telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak, termasuk pemimpin parti-parti politik yang tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya sebelum pandemik Covid-19 terkawal.



Melaka kini pada fasa tiga Pelan Pemulihan Negara. Mk

Darurat di Melaka? Keputusan minggu depan – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker