Siapa menang sekiranya MN terkubur?

Siapa menang sekiranya MN terkubur?

Siapa akan menang sekiranya Muafakat Nasional (MN) yang menjadi pakatan antara Umno dan PAS, terkubur sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan?

Perpecahan itu mungkin berlaku sebelum pilihan raya, namun penganalisis sukar meramalkan sama ada ia akan menguntungkan Umno atau Bersatu.

Bagaimanapun, mereka bersetuju PAS akan terjejas kerana hilang sokongan Umno dan penyokongnya.

Selasa lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata mungkin sudah tiba masanya untuk “beralih” daripada pakatan yang dibentuk dua parti itu pada 2019 kerana Umno tidak lagi boleh berdepan dengan ketidaktentuan MN dalam persiapannya berdepan PRU15.

PAS juga adalah sebahagian daripada gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) dipimpin Bersatu namun pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) lalu, Umno telah membuat ketetapan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya.

Ketika tersepit di tengah-tengah, PAS berkata ia akan menyokong penyandang di kawasan yang mana menyaksikan pertembungan antara Umno dan Bersatu.

Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir memberitahu FMT bahawa beliau percaya sekiranya Umno lebih sensitif terhadap sentimen rakyat, ia tidak lagi memerlukan sokongan daripada parti Islam.

“Pada 2019, apabila mereka mengadakan pakatan selepas PRU14, persepsi rakyat terhadap Umno tidak begitu baik,” katanya.

“Tetapi ia berubah. Kedudukan parti itu lebih baik sekiranya memutuskan untuk berdepan pilihanraya umum tanpa PAS.

“Secara peribadinya, saya tidak melihat alasan PAS di sebalik sokongannya terhadap Bersatu memandangkan ia tidak mempunyai jumlah kerusi yang sama atau jentera yang kuat, seperti dibina Umno selama ini.”

Katanya, perpecahan secara rasmi akan memudahkan Ismail Sabri Yaakob dan pentadbirannya memandangkan mereka tidak perlu lagi memenuhi kehendak PAS.

“Umno ialah parti nasionalis, manakala PAS pula parti Islam. Perpecahan akan membantu Umno apabila pada masa itu ia mungkin dilihat sebagai lebih sederhana,” katanya.

Bagaimanapun, bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata perpecahan itu akan lebih menguntungkan Bersatu.

“PAS dan Umno akan rugi besar jika MN tidak dipertahankan memandangkan ia terbukti berhasil berdasarkan apa yang dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.

Beliau merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Kecil dan Cameron Highlands pada 2019 apabila jentera gabungan dua parti itu berjaya memberi kemenangan kepada calon sekutu mereka.

“Bersatu akan menang daripada semua keadaan ini memandangkan ia amat memerlukan sokongan PAS sekiranya calon parti itu berdepan dengan Umno,” kata Azmi.

Namun, katanya ia tidak mungkin memberi kesan kepada pembangkang “memandangkan Umno, PAS dan Bersatu mempunyai banyak pertindihan penyokong” dan mereka tidak mungkin berpecah daripada ketiga-tiga parti itu. FMT

Siapa menang sekiranya MN terkubur?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker