Myvi terbakar, dua maut

Myvi terbakar, dua maut

ALOR SETAR – Dua maut setelah kereta dinaiki terbakar dalam satu kemalangan berdekatan sebuah pasar raya besar di Jalan Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini awal pagi ini.

Mangsa melibatkan seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identiti dan seorang remaja dikenali sebagai Tan Sun Wen, 19.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 3.11 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Semasa pasukan operasi tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan keadaan api marak dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya yang berlaku setelah kenderaan itu terbabas.

“Api berjaya dipadamkan pada pukul 3.25 pagi dan komander operasi melaporkan terdapat dua mangsa di dalam kereta tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, seorang mangsa berada di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan pada pukul 4.59 pagi dan seorang di tempat duduk penumpang berjaya dikeluarkan pada pukul 4.55 pagi. K Online

Myvi terbakar, dua maut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker