Bos Susu Farm Fresh kecewa produksi tidak peka, slot iklan dipendekkan?

Penaja utama program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azmi atau lebih dikenali sebagai Bos Susu meluahkan rasa kecewa apabila pihak produksi didakwa tidak peka dengan slot iklan yang diperuntukkan untuknya.

Tegasnya menerusi satu hantaran di Facebook, klip satu minit berkenaan amat penting dalam menjana kembali tajaan yang diberikan pihaknya dengan nilai jutaan ringgit.

Katanya, produksi perlu bijak menjaga pihak penaja kerana rundingan berkenaan adalah berlandaskan perniagaan, bukan untuk populariti semata-mata.



“GV kali ni aku stres gila. Takkan nak pantun ja untuk klip aku yang seminit tu, orang pun bosan. Dewan Bahasa dan Pustaka pun bosan nanti.

“Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada seminit je untuk raih perhatian enam juta penonton. Dah la minggu lepas klip aku kena potong hangin satu badan aku masa konsert tu.

“Pejam celik dah nak sampai minggu kelima, minggu ni dah nak fikir nak buat apa. Bagi aku klip seminit tu sangat berharga, tu yang aku cakap dengan produksi.

“Support la, jangan la anggap klip aku tu picisan dalam konsert ni. Buat acuh tak acuh je. Dah ambil kita jadi penaja kena pandai la jaga,” tegasnya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker