Datuk jatuh kondo tiada unsur jenayah

Sebaran :

Datuk jatuh kondo tiada unsur jenayah

GEORGETOWN: Polis mengesahkan kematian ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium Jalan Kelawei, Pulau Tikus di sini semalam, tidak berunsurkan jenayah.

Laporan bedah siasat terhadap mangsa yang dilakukan petang semalam, mendapati kematian lelaki berusia 53 tahun itu disebabkan impak kecederaan terjatuh dari tempat tinggi.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh, berkata polis sudah merakam percakapan isteri serta dua anak mangsa, masing-masing berusia 55, 24 dan 21 tahun.

Katanya, keterangan keluarga berkenaan didapati konsisten.

“Keluarga mendakwa tidak ada sebarang tindakan luar biasa berlaku terhadap mangsa sebelum kejadian.

“Isteri mangsa ada mengatakan suaminya pernah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan.

“Mangsa dipercayai terjun dari balkoni unit rumahnya dan kejadian tidak disedari ahli keluarga yang sedang tidur,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Ahli perniagaan sebuah syarikat pemaju hartanah itu ditemui terbaring berhampiran kolam renang selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 kondominiumnya, semalam.

Mangsa adalah saksi pendakwaan utama kes membabitkan projek mega pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang dan pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Fisol berkata, siasatan mendapati mangsa tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah, di samping tidak mempunyai sejarah penyakit mental.

“Siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium dan pemeriksaan polis di lokasi tidak menemui unsur jenayah.

“Setakat ini ia diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR) dan kes masih disiasat, maka orang ramai diminta supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian ini supaya tidak mengganggu siasatan dan menjaga sensitiviti ahli keluarga,” katanya. BH

Datuk jatuh kondo tiada unsur jenayah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas


Sebaran :

Leave a Reply