Jom Pantau Pelari Cukai

Kali ini malas nak mukadimah panjang-panjang. Kita “straight to the point”. Sebab ini “very serious’.

Nak beritahu bagaimana sesetengah pihak cuba mengelak daripada membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bukan mahu mengajar atau mengalakkan, sebaliknya supaya kita peka terhadap perbuatan pengkhianatan ini.



Kemudian boleh jadi mata serta telinga kepada negara dan seterusnya melaporkan kepada LHDNM untuk mengambil tindakan.

Antaranya membuat tuntutan pembelian dan perbelanjaan palsu, tidak lapor jualan atau kurangkan jualan yang dilapor, tuntutan elaun berlebihan atau tuntutan elaun tidak layak.

Sebagai contoh membuat tuntutan kos renovasi pejabat menggunakan resit kerja-kerja renovasi rumah pengarah syarikat.

Membuat invois pembelian palsu, membeli aset peribadi menggunakan nama syarikat, membuat tuntutan Elaun Modal sedangkan aset telah dijual.



Memalsukan belian konon syarikat membeli barangan dari luar negara sedangkan syarikat luar negara dimiliki oleh individu yang sama.

Melaporkan sebahagian sahaja daripada keuntungan. Transaksi jualan tunai tanpa resit tidak dimasukkan dalam akaun serta meningkatkan perbelanjaan belian kononnya untuk perniagaan.

Membuat “tax planning” dengan menubuhkan beberapa anak syarikat (subsidiari) dengan niat untuk mengurangkan bayaran cukai.

Syarikat akan berusaha kurangkan kos di peringkat awal supaya cukai yang dibayar adalah rendah.



Memuat dua set akaun. Satu adalah “true and fair view” dan satu lagi adalah set akaun “subject to manipulation” untuk mengurangkan cukai.

Ingat semua pelarian cukai ini boleh dikenakan tindakan secara sivil di luar mahkamah iaitu perlu membayar cukai taksiran tambahan serta penalti.

Selepas audit dilakukan dan jika dikesan berlaku taksiran kurang, melaporkan tidak betul atau tidak melaporkan yang dengan sengaja dilakukan untuk mengurangkan cukai LHDNM.

LHDNM juga boleh mengambil tindakan jenayah jika terdapat bukti kukuh sesebuah syarikat melakukan pelarian cukai yang menuntut pembayaran cukai taksiran tambahan dan penalti selain pemilik berdepan hukuman penjara.



LHDNM juga akan menggunakan peruntukan menurut Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk menghalang mereka ke luar negara dan kaveat harta pembayar cukai bagi melunaskan tunggakan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker